Friday, January 22, 2016

108

Assalamualaikum. This is the part 2 from the last story. The second story is about our friends. My classmates.

In the same day, it was the last day for my classmates in this school. He moved to other school cause of family matter. At the beginning, we were informed that his last day was 15 January but his mom want he moved early. So he must moved on that day too.

Bila dapat tahu tu memang sedih sangat. Sedih tu memang sedih tapi aku yakin dan percaya yang bila dia dekat luar dia akan lebih berjaya. Air mata ni dah kering untuk menangisi pemergian seorang demi seorang ahli titanium. Aku ni dah rasa tak kesah dah kalau korang nak pindah sebabnya aku yakin yang korang akan lebih jauh berjaya di luar daripada di dalam ni.

Bila dia kata kalau tak ada aliran sains ikhtisas dia nak ambil aliran sains tulen tu aku rasa macam 'kau ni biar betul? dah lah form 4 punya tajuk kau tak belajar pastu kau amik sains stream.' tapi bila dia kata dia still ambil aliran yang sama tu aku rasa lega.

Dia ni dah lah banyak jawatan dia tahun ni. Pastu bila pindah tu rasa macam aish.. memang satu kehilangan lah. Rumah kuning hilang pengerusi. Badar lajnah aktiviti hilang ketua.Ping pong hilang the best player. Kelas hilang ketua keceriaan. Tapi kitorang still anggap kau ketua keceriaan kitorang. Terkapai-kapai aku nak memikirkan hiasan kelas. Papepun thanks lah untuk kau punya idea tu. Kalau tak aku rasa sampai sekarang tak terkeluar idea nak hias kelas macam mana. Budak laki daripada 6 tinggal 5. elok-elok dua kumpulan jadi satu kumpulan. Kelas tu sekarang aku dah rasa macam kelas perempuan je. Dahlah sesuka hati je ke depan ke belakang.

Dahlah aku baru kenal kau tahun lepas. I means kenal perangai. Pastu tetiba kau pindah. Aku minta maaf sebab aku banyak buat salah kat kau. Terima kasih di atas segala jasa hang kat sekolah ni. Ceh.. cakap macam aku pula pengetua.

Kau belajarlah elok-elok. Manfaatkan setiap apa yang ada di sekeliling hang. Tahniah kerana SMA mencapai target. Kau dah pun buat yang terbaik untuk SMA, so do the best also for the SPM. Bila kau ada information pape ke, share sharelah ye.

video

140116

Assalamulaikum. Hari yang mendebarkan. Dua peristiwa berlaku pada hari yang sama. Satu menyedihkan satu lagi entah sedih atau gembira.

Pada 14 Januari 2016, tarikh keramat buat calon SMA Wilayah dan Selangor 2015. Pada tarikh itu, resault SMA keluar. Debarannya, uish... usah diceritakan memang sungguh berdebar.

Saat kaki melangkah masuk qaah debaran kian terasa
Saat analisis keputusan dibentangkan jantung ini terasa mahu gugur
Saat nama insan yang peroleh mumtaz sofi dan mumtaz diumumkan makin terasa debarannya

-->