HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Saturday, April 22, 2017

Majlis Anugerah Cemerlang MAIWP

Assalamualaikum semua. Akhirnya berkesempatan juga aku nak tulis post ini. Hampir seminggu tertangguh nak tulis post ni. Hehe itulah agak sibuk sedikit. Pada Isnin yang lalu bersamaan tarikh 17 April 2017, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan satu majlis anugerah cemerlang. Majlis ini diadakan hasil gabungan 5 buah sekolah yang berada di bawah MAIWP iaitu SMA  MAIWP KL, SMISTA, SMA MAIWP LABUAN, Pondok Moden Al-Abaqirah dan Darul Kifayah. 


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi anugerah kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3, SMA dan SPM 2016 serta pelajar hafazan terbaik. Majlis ini telah berlansung bertempat di Qaah al-Qhardhawi SMA MAIWP KL. 

Jadi, pada Isnin yang lalu aku telah menghadiri majlis tersebut. Tapi, bukan sebagai penerima anugerah pun. Aku datang atas tujuan teman kawan aku, Athirah. Hehe... Jadi kami pun bertolak menuju ke sekolah pada jam 10 lebih. Selepas pendaftaran, kami pun masuk ke dewan jumpa dengan kawan-kawan lalu berborak. Pada jam 11 lebih macam tu majlis pun bermula. Kawan aku ni dapat anugerah untuk sidang 1 jadi anugerah dia awal. Yelah pelajar cemerlang kan. Kalau nak tahu keputusan dia boleh baca di sini. 

itu pegangkan hadiah orang je

So semua penerima anugerah ni dapat sijil, plak dengan baucer buku. Macam biasalah baucer buku tu kan setiap kali MAC. Biasanya kalau dapat baucer buku ni kena tuntut buku di luar dewan tapi kali ni baucer tu kena tebus dekat Gallery Bookstore. Jadi selepas habis majlis, aku dengan Athirah pun teruslah pergi cari kedai tu. Sebab Athirah ni tinggal di Kedah jadi ada masa hari itu jelah kalau nak tebus pun. 

Athirah dapat baucer buku bernilai RM200. Memang jenuh nak menghabiskan baucer tu sebab memang nak habiskan haritu juga. Jadi, Athirah ni pun bagilah aku ambil apa-apa. Dia belanja aku sikit daripada baucer dia ni. Aku ni dahlah pantang dengan buku-buku ni. Masuk kedai tu aku rasa mcam nak ambil je semua buku. Rambang mata. 

jadi inilah buku yang aku beli

Hehe... sebanyak-banyak buku yang aku nak tu aku ambil 3 je. Aku ambil buku Move On karya Aiman Banna, Move In karya Hani Nabila dengan Takdir 3 karya Hilal Asyraf. Aku telah berjaya habiskan baca buku Move On dengan Move In. Buku Tajdir 3 ini merupakan sambungan buku Takdir 1 dan Takdir 2. Dah lama aku nak beli akhirnya dapat juga. Sebenarnya aku cari buku Penjara tapi tak jumpa pula. 

So a very big thanks to Athirah for the treat. May Allah bless you. Good luck for your future, dear. 

2 comments:

Jasmi Bakri said...

Best nya dapat voucher buku.. sama.lah, kalau ke kedai buku mesti rambang mata kan..

Nurul Najihah said...

@Jasmi Bakri betul tu rasa nak beli je semua buku

-->