HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Monday, April 24, 2017

Kegelapan


Aku kebuntuan
Di manakah aku berada?
Kenapa semuanya gelap?
Di mana manusia yang lain?


Aku ingin keluar
Dari dunia kegelapan ini
Aku keliru
Di manakah pintu keluar

Tanganku terkapai-kapai
Mencari-cari jalan keluar
Aku takut
Ahhhhh....

Suara apakah itu?
Merdu sungguh alunannya
Aku berjalan ke arah itu
Langkah kemas kuaturkan

Langkah demi langkah
Semakin kelihatan sinar cahaya
Semakin pantas kumelangkah
Adakah ini jalan keluarnya?

Ahhh terangnya
Bulatan apa itu?
Kenapa mereka kelihatan sungguh gembira
Aku ingin sertai mereka

Ya Rabb
Apa yang telah kulakukan
Aku telah terlalu jauh meninggalkan-Mu
Terleka dengan duniawi ini

Ya Rabbi
Bawalah aku keluar
Dari kejahilan ini
Yang penuh dengan nista dan dosa

Hadir dirinya
Membawa teguran
Pada diri yang alpa ini
Aku yang semakin hanyut
Dengan keindahan duniawi

Terima kasih padaMu Ya Rabbi
Menghantar insan menegurku
Bantulah aku
Dari terus hanyut

Berilah aku kekuatan
Untuk berhijrah
Kembali pada diri yang baru
Dengan personaliti yang indah



12 comments:

Masyitah Jafri said...

Pagi-pagi layan bujibu,
Kata-kata awak menusuk kalbu.

Hehe. πŸ˜‹

Anonymous said...

Haha bujibu pun boleyπŸ˜‚πŸ˜‚

Asyikin Abu said...

Wahhhhh.... Taneah jiha.. Moga bejaya dunia akhirat.. Diam ii ubi berisi eh.. Hahaha.. Puitis btol..

Cik Nadyya said...

inshaallah diberikan kekuatan untuk berhijrah :)

Noor Maizan said...

semoga terus diberi kekuatan ya awak :)

Siti Syilah said...

wah! sangat puitis dan mendalam.

Nurul Najihah said...

@Masyitah Jafri amboiii

Nurul Najihah said...

@Anonymous kreatif

Nurul Najihah said...

@Asyikin Abu amin terima kasih

Nurul Najihah said...

@Cik Nadyya amin sama-sama menuju ke arah lebih baik

Nurul Najihah said...

@Noor Maizan amin terima kasih awak

Nurul Najihah said...

@Siti Syilah hehe

-->