HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Monday, March 27, 2017

Unfortunately Meet

Assalamualaikum. Banyak pula post aku kali ini ye. Hehe. Itulah selama ini nak post tapi agak sedikit sibuk. Ini bila dah lapang sedikit bolehlah aku kongsikan sedikit cerita. Jadi berdasarkan kepada tajuk post aku kali ini, agak-agak apa yang aku jumpa tu ye? Barang ke orang? Ha... kalau nak nak tahu kenalah baca sampai habis.

Aku jumpa ni pun baru-baru juga. Beberapa hari yang lalu iaitu pada 25 Mac 2017. Jadi kepada sesiapa yang ada sambut hari lahir pada tarikh tersebut aku ucapkan selamat ulang tahun. 

Pada 25 Mac tu ada ekspo di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Aku pergi dengan Aisyshah. (jangan tanya kenapa ejaan nama dia macam tu. Itu memang ejaan namanya). Masa mula-mula sampai tu memang ramai sangat orang. Bersesak-sesak. Aku ingatkan tak ada kawan- kawan aku yang lain datang. Sekali dah lama tu baru terjumpa beberapa orang. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. 

Dalam ramai orang bersesak-sesak tu kami pun berjalan lah mencari booth yang nak pergi. Tiba- tiba, aku nampaklah seorang ni. Aku macam kenal orang tu tapi dia tak kenal aku pun. Lepastu tengok belakang tu ada kawan aku, Aini. Kawan sekolah rendah aku. Dulu aku memang rapat dengan dia ni. 

Yang depan dia tu kawan dia. Aku kenal pun tengok gambar kawan aku nilah. Serious tak sangka lansung yang akan berjumpa dekat situ. Aku spechless kut jumpa dia. Jadi tak tahu nak cakap apa. 

Ok, satu masalah aku ni ialah aku rasa akward. Yelah dah lama tak jumpa, tak contact kemudian terjumpa.Even serapat mana pun dulu aku kalau dah lama tak jumpa rasa akward tu memang akan datang. Kadang-kadang tu bukannya akward tapi tak tahu nak cakap apa. 

Aku ni sampai sekarang rasa menyesal sebab tak tangkap gambar dengan dia. Tulah dalam hati ada kata nak tapi tak diluahkan. Akward punya pasal. So kalau nak tunjuk gambar pun tak ada. 

And then dalam tengahari tu, ada terjumpa semula dengan bahagian food truck. Dia nak balik dah masa tu. 

So to Aini (aku tak tahu kau baca ke tidak) good luck for your future. Memandangkan kau dah pergi Jepun doakan aku pula yang akan ke Jepun. Serious geram je aku tengok gambar-gambar kau pergi Jepun tu. Lain kali kalau nak pergi lagi bawalah aku sekali. Hehe... 

Take care my dear. Semoga kita berjumpa lagi dan aku harap time tu aku boleh bercakap dengan baik. Haha...

2 comments:

Mrs Velentine said...

sayangkan x dapat ambik gambar untuk kenangan

Nurul Najihah said...

@Mrs Velentineitulah terasa rugi sangat gambar ini sebagai satu memori yang boleh kita kenangkan semula bila kita tengok

-->