HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Monday, March 27, 2017

Result SPM 2016

Assalamualaikum and hi. Rasa macam terlalu terlambat je nak cerita tentang keputusan SPM ni. Tapi tak apa aku nak cerita juga. Seperti yang semua sedia maklum 16 Mac 2017 tarikh keramat buat semua calon SPM 2016. Pada tarikh tersebut keputusan SPM telah dikeluarkan. Dan aku juga tergolong dalam calon SPM 2016.


Nak diceritanya berdebar menunggu hari tu memang berdebar sangat. Pagi tu semua benda nak buat jadi tak kena. Yelah dekat media sosial semua cakap tentang resault. Bila dah keluar rumah bertolak ke sekolah tu baru rasa relax sikit sebab dah tak baca pasal hari keputusan ni.

Mula-mula, aku ingatkan aku akan pergi dengan ayah je. Rupa-rupanya tak. Dalam perjalanan bertolak ke sekolah tu ayah aku pergi singgah sekolah ummi aku untuk ambil ummi aku.

Aku sampai sekolah dalam pukul 10 lebih macam tu. Dalam pukul 11 lebih atau 12 macam tu majlis pun bermula. Jadi keputusan pun keluar. Sekolah aku semuanya ambil 11 subjek. Jadi seramai 3 orang berjaya mendapat 11A iaitu Athirah, Adli dan Naqib. 10A pula seramai 6 orang tak silap. Biasalah bila benda dah berlalu aku pun tak berapa ingat dah berapa orang.

Kemudian, selepas selesai majlis aku dan yang lain pun semua berpusu-pusu berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk ambil keputusan. Jeng jeng jeng... Keputusan pun bertukar tangan. Lalu aku pun bacalah keputusan and alhamdulillah.

Aku nak cakap kat sini congrats to everyone. Tak kesahlah apa pun keputusannya. Tahniah sebab korang berjaya hadapi SPM ini sampai ke penghujung. Bukan mudah untuk seseorang itu hadapi sampai ke tahap ini. Meski banyak cabaran dan dugaan korang still boleh hadapi sampai ke akhirnya. Tahniah.

Jadi sekarang memang semua lepasan SPM ni tengah sibuk isi borang sana sinilah kan. Ada yang sibuk mencari biasiswa. Ada juga yang dah sambung belajar. Walau apa pun semoga semua terus berjaya dalam hidup. Always make the right decision.

Harap nanti bila senang-senang kita semua boleh berjumpa semula. Goodluck for the life. We doesn't know which one will come first. Either study or die.

Jadi kepada semua lepasan SPM apa bidang yang anda semua ingin ceburi selepas ini?

7 comments:

Masyitah Jafri said...

👍😆

Sabrina Natasha said...

Congrats awak! Kita pun lepasan spm juger *sep sikit. Sab more kepada ICT kot so maybe akan ambik tu nanti in shaa allah :) Goodluck for yr future najihah!

Nur Ezryn said...

good jiha...sorry laa bru ada kesempatan nak baca

Nurul Najihah said...

@Sabrina Natasha tahniah juga awak ouh ICT pun best saya pula more kepada akaun so doakan saya ye goodluck juga untuk future awak sab

Nurul Najihah said...

@Nur Ezryn it's okay ezz

Nurul Najihah said...

Hai dan salam perkenalan Nurul Najihah. Btw i'm Nurul Najihah too. Lol. Saya pun SPM 2016 hahaha.

Nurul Najihah said...

@Nurul Najihah ahahhh salam perkenalan najihah

-->