HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Wednesday, March 08, 2017

KITA


Terima kasih
Kerana hadirkan perasaan ini
Rasa kasih dan sayang
Pada mereka

Terima kasih
Terlalu banyak yang kupelajari
Dari kisah mereka
Menjadi pengajaran buat diri

Meski bukan aku
Yang mengalami itu
Namun melihat mereka mengalaminya
Sudah cukup buatku
Pelajari sesuatu darinya

Kisah mereka
Membuat aku sering berfikir
Menyambungkan sel-sel otak
Agar ia terus aktif

Cerita mereka
Menjadikan aku lebih banyak berfikir
Menilai setiap yang berlaku
Membuat aku pelajari banyak perkara

Banyak yang kupelajari
Mungkin mereka tidak sedar
Namun inilah yang kudapat

Terima kasih Ya Allah
Kerna hadirkan rasa cinta ini
Menjadikan aku lebih bijak menilai

6 comments:

Shida Saiyidah said...

dah singgah followback :)

Azhafizah Md Nor said...

Nikmatnya cinta dan kasih sayang :)

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

jengah dr GA yg sama..gud luck

Nurul Najihah said...

@Shida Saiyidah terima kasih

Nurul Najihah said...

@Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ good luck juga

Nurul Najihah said...

@Azhafizah Md Nor betul terutama bila tidak dinodai dengan nafsu serakah

-->