HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Tuesday, December 13, 2016

2016 Review

Macam-macam yang berlaku tahun ni. Tanpa disedari masa berlalu dengan begitu pantas.Makin kita kenal dunia ini makin banyak ujian yang menimpa kita. Siapa sangka aku kini telah habis sekolah. Rasa macam semalam baru je masuk sekolah. Still unbeliavable.

-this are my batchmates during eidulfitri ceremony-


Pada awal tahun, selepas keluar keputusan SMA Imran atau lebih dikenali sebagai Yan telah berpindah. Yang ni aku dah cerita awal tahun dulu. Sedih betul bila dikenang balik. Kemudian tengah bulan pula, seorang lagi berpindah. Namanya Alif Imran.
Dia ni ketua kelas kami. Bila dia pindah tu, adalah seorang ni gantikan dia sebagai ketua kelas sementara. Namanya Shakir. Yang menyedihkan pasal Alif ni, tepat seminggu selepas dia pindah. kelas kami diumumkan sebagai kelas terbersih menengah atas. For the first time kut. Dahlah selama ni itulah impian dia. Sediah betul bila mengenangkan yang impian dia dah tercapai tapi saat itu dia telah pergi.

Yang mengemparkan juga pasal dia pindah ni, semasa pemilihan ketua kelas baru. Memandangkan Alif ni ketua kelas, so kami pun terpaksalah buat pemilihan ketua kelas yang baru. Mula-mula guru kelas kami, Ustazah Akma tanya nak keyua lelaki ke perempuan. Sebabnya lelaki dalam kelas kami tinggal empat orang je. Satu-satunya kelas yang paling sikit bilangan pelajar puteranya. Then, majoriti nak perempuan. So, pemilihan pun dibuatlah. Pelbagai nama yang dicadangkan dan nama aku juga tersenarai. Selepas undian dibuat, keputusannya aku dipilih sebagai ketua kelas. What??? For the first time kut aku jadi ketua kelas. Dahlah kelas campur lelaki dan perempuan. For the first time juga dalam sejarah kelas campur ketuanya perempuan. At the first tu kekok jugalah. Lama-lama tu dah biasa. Bila perjumpaan ketua kelas je mesti aku akan rasa kekok walaupun ada je ketua kelas perempuan tapi itu memang kelas perempuan je. Nak buat macam mana dah memang takdir.

my classmates, tak cukup lagi seorang sebab dia demam

Next, nak cerita pasal kami pergi IOI Shopping Mall. Kami pergi betul-betul dua hari sebelum Trial SPM iaitu pada 20/8/2016. Bayangkanlah lusa tu nak trial and boleh lagi pergi IOI. Pergi sana bukan saja-saja jalan ke apa tapi kami pergi main bowling. Dahlah first time kut main bowling. Yang paling tak boleh dilupakan kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang habis main. Bayangkan time kitorang main tu semua dah habis main and semua tengok. Oh, hanya kami je yang tahu bagaimana perasaan tu. Segan habis. Walaupun tak menang tapi pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Tak pernah-pernah nak dekat trial ada event macam ni. 

kumpulan bowling

Seterusnya majlis hari graduasi. Majlis ini diadakan di Qaah al-Qhardhawi. Ahah, acah je nama. Dekat dewan sekolah je. Menu pada malam itu ialah chicken chop, roti francis dan sup mushroom serta air sirap. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pelajar-pelajar tingkatan lima. Kemudian tetamu VIP pun tiba. Then, penyampaian sijil dan sesi fotografi setiap kelas. Ahah, simple je. Tak delah grand manapun. But, Qaah boleh tahan cantiklah. 

Then, sebelum the real SPM sekolah mengadakan majlis makan-makan. Just like jamuan kecil-kecilan for form five student. Majlis ini hanya diadakan di kantin memandangkan kami ni majoriti tak mahu keluar. Menu yang disediakan agak special iaitu kambing bakar. Betapa banyaknya kami makan masa tu. Ada juga beberapa menu sampingan such as nasi tak ingat dah nasi apa tapi ada ayam yang sangat besar, then ada kek, coklat dan beberapa kuih serta ABC. Yang tak menahannya kami kutip coklat tu banyak-banyak siap bubuh dalam bekas.Haha lawak rasanya bila dikenangkan balik. 

During SPM. Hahah meang time ni semua serius jelah kan. Semua pegang buku, baca. Tapi kalau yang ada gape tu adlah juga kami gelak-gelak. Happenig. Tak delah serius mana. Hidup mesti ceria! Yang paling tak boleh lupanya time nak exam Add Math. Time tu semua tengah dalah kelas prepare untuk paper ke 2. Tiba-tiba ada sorang cakap, 'Mana calculator ana?(saya) Janganlah hilang, nak exam add math lepas ni' Then suddenly ada lagi sorang pulak cakap benda yang sama. Semua kalut duk cari kalkulator. Padahal ter'miss' place je. Lawak betul. 

The last paper for science student, 29/11/2016. Tepat 3.30 p.m. tamatlah perjuangan kami dalam SPM. itulah kertas kami yang terakhir iaitu Kimia kertas 3. Bila habis tu macam-macam perasaan ada. Bila sesi bersalaan tu, aku pandang orang sebelah terus nangis. Yelah orang yang aku rapat kut. Tu yang air mata terus meleleh tu. Pastu bila dah menangis tu susah lah pula nak berhentinya. Sampailah ada seorang mengejek aku menangis berhenti terus air mata ni. 

Haha. Rindu sebenarnya denagn semua ni. Rindu nak lepak surau malam-malam. Bertukar cerita. Menyakat orang. Dan semuanya. Rindu segalanya. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang selalu melayan diri yang sangat nakl ini. Selalu dengar aku bercerita. Selalu menghulurkan bahu untuk aku. Selalu sumbang makanan dekat aku. Selalu mendengar bebelan aku. Segalanyalah. Tak terungkap segala jasa baik korang dekat aku. Aku minta maaf banyak-banyak atas semua salah dan silap aku dekat korang. Aku tau aku ada banyak salah dekat korang. Sorry for the guys yang aku tak sempat nak bagi doodle.Hope korang halalkan lah ye. ARIGATO GHOZAIMASU...


2 comments:

balqis said...

Jihahhh hahah 😂😂😂 nice! Keep it up. Tulis la pasal ana pulok 😘

balqis said...

Jihahhh hahah 😂😂😂 nice! Keep it up. Tulis la pasal ana pulok 😘

-->