HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Friday, January 22, 2016

140116

Assalamulaikum. Hari yang mendebarkan. Dua peristiwa berlaku pada hari yang sama. Satu menyedihkan satu lagi entah sedih atau gembira.

Pada 14 Januari 2016, tarikh keramat buat calon SMA Wilayah dan Selangor 2015. Pada tarikh itu, resault SMA keluar. Debarannya, uish... usah diceritakan memang sungguh berdebar.

Saat kaki melangkah masuk qaah debaran kian terasa
Saat analisis keputusan dibentangkan jantung ini terasa mahu gugur
Saat nama insan yang peroleh mumtaz sofi dan mumtaz diumumkan makin terasa debarannya

Saat tangan ini menyambut keputusan yang dihulurkan
Tidak ada apa lagi yang mampu ku ungkap melaikan Alhamdulillah
Ku percaya ini yang terbaik buat diriku
Biarkan ia berlalu
Masih ada yang sedang menanti di hadapan sana

Dengan jumlah calon seramai 112 orang, alhamdulillah 41 daripadanya peroleh mumtaz. 10 daripada 41 itu berjaya peroleh mumtaz sofi. Alhamdulillah. Syukur atas segalanya.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada semua. Walau apa keputusan yang kita dapat, itu yang terbaik buat kita. Muhasabah kembali di manakah silap kita? Apa ada kita melukakan hati insan lain?Bagi aku keputusan tu dah cukup baik untuk batch kita. Terima kasih kepada yang mumtaz sebab membanggakan batch.

Kita pandang ke hadapan pula. Bersama kita menuju ke arah 11A+. Bersama kita kekalkan pointer 1.79 tu untuk SPM pula.

To be continued...

No comments:

-->