HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Tuesday, December 08, 2015

Hari yang memenatkan.

Assalamualaikum. Kali ini aku nak cerita kisah pagi tadi. Pgi tadi aku ada jamuan kelas di Taman KLCC. Ramai juga yang datang dalam 15 orang ahli kelas, Ustaz Ihsan dengan adik-adik yang kawan-kawan aku bawa. Jamuan ini style 'potluck'. Jadi, setiap sorang bawa makanan dan dikongsi bersama. Aku bawa bihun. Aku datang ke KLCC ni dengan LRT. Pergi dengan Ezryn dan Aisyshah. 

Mula-mula, kitorang jumpa dekat TBS. Kemudian pergi sama-sama ke KLCC. Lama juga perjalanan kami ni. Jenuh kami mencari ahli kelas yang lain. Dahlah dengan kasut aku yang dah nazak tu. Tercabut-cabut kasut aku tu.

11.00 AM. *anggaran. Majlis bermula. Imran jadi pengerusi majlis. Kemudian Ustaz bagi ucapan dan kami mula makan-makan. Akhir sekali tangkap gambar. Kemudian kami sambung makan dan ustaz balik sebab ada urusan.


Ha! Masa nilah kasut aku dah memang nazak. Dah tak boleh nak pakai dah. Aku pun apa lagi? Jalan berkaki ayamlah. First time kot jalan kaki ayam kat tempat public. Rasa macam jalan tepi pantai je. Kemudian masing-masing membawa diri. Ada yang pergi tengok wayang, main futsal dan tuisyen. Aku dengan Ezryn, Aisyshah, dan Hamizah pun membawa diri menjalankan misi mencari kasut.

Mula-mula rancangnya nak beli kasut dekat KL Sentral sebab dekat KLCC barang kan mahal-mahal. Tapi, kitorang cuba cari je dulu dekat KLCC kot-kot ada harga yang sesuai. Lenguh kot kaki jalan pusing-pusing KLCC tu. At the end jumpa juga dekat kedai Vicci. Oklah harganya. cukup bajet.

lepas tangkap gambar sekelas

Kemudian,aku, Ezryn, Aisyshah dan Hamizah pun cari surau. Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Kami pun tanyalah orang. Kemudian cari lagi. Penat sangat masa tu. Siap singgah beli air lagi. Cari-cari akhirnya jumpa. Tapi, hancur hati kami sebabnya surau sedang renovation. Sakit hati betul. Kami pun buat keputusan untuk solat di KL Sentral. 

tengah tunggu komuter

Kemudian kami pusing pergi stesen LRT pula. Kaki tu rasa macam nak tercabut je. Lepas solat semua kami pun terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu Perpustakaan Jawi. Bila dapat duduk je, huh lega. Akhirnya dapat duduk. Kami pun mulakanlah perbincangan.

4.00 PM. Kami menuju ke kafeteria bagi mengisi perut. Lepas azan, kami pergi ke surau. Bagus betul orang dekat situ. Masa kami cari lokasi surau, ada seorang pak cik ni tegur " Nak pergi surau ke? Tu dekat situ" Kami pun menuju ke arah yang ditunjuk.

Kemudian kami tanya pak cik guard pula sebab masih belum jelas. Tengah kami cari-cari tu ada lagi seorang pak cik tegur " Surau ke? Naik atas tu". Bagus kan. Semua sudi membantu tanpa dipintta.

5.00 PM. Kami pun pulang ke rumah. Aku tunggu ayah aku depan bangunan TV Al-hijrah. Aisyshah, Ezryn dan Hamizah naik komuter pulang ke rumah. Itulah kisahnya.




3 comments:

leya yeolly said...

Dapat rasa bila kaki lenguh asyik berjalan. Hihihi tapi best

Siti Maisarah said...

Wow..bila baca citer jihah..dapat rase keseronokan korang kat sana dan keletihan korang

Nurul Najihah said...

@Siti Maisarah haha

-->