HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Sunday, November 29, 2015

Come on guys!




 Assalamualaikum, Allah itu Maha Penyayang kan? Banyak sugguh nikmat yang telah Dia beri kepada kita.Namun, sayang seribu kali sayang kita dengan begitu mudahnya melupakan-Nya. Kita sering ingkar arahan-Nya. Larangan-Nya bukan dijauhi malah makin kita dekati. 

Sahabat, dunia ini adalah persinggahan buat kita. Di sinilah tempat untuk kita bercucuk tanam mengumpul amalan sebagai bekalan di akhirat sana.

Sahabat, ajal itu tidak mengira usia. Malah bayi yang baru lahir satu saat ke dunia ini juga mampu Allah tarik nyawanya. Ajal adalah perkara yang dirahsiakan dari pengetahuan kita. Tiada istilah 'alah, time-time nilah nak enjoy.nanti tua aku taubatlah'. No sahabat! No! Andai esok ajal kita...

Sahabat, Allah itu sangat sangat baik dengan kita. Terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Tak terhitung sahabat. Sahabat, banyakkanlah bersyukur pada Yang Esa. Kembalilah ke pangkal jalan.Allah itu Maha Penyayang.Maha menerima taubat.

Tiada istilah 'Aku ni kotor. Banyak dosa yang telah aku buat.Nak ke Allah terima orang macam aku ni?' Saat kau tunduk sujud pada-Nya, melafazkan kata taubat dengan sebenar-benar taubat, dirimu menjadi sebaik-baik manusia.

Sesungguhnya, Allah itu amat mencintai orang yang bertaubat. So, apa yang ditunggu lagi? And, never forget to always say "Alahamdulillah" cause he give you the right way.


No comments:

-->