HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Thursday, November 26, 2015

Al-lail

Assalamualaikum,

Kalau ketiga-tiga perkara ini telah dipegang teguh, lalu diberilah jaminan atau janji oleh Tuhan: "maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)".
{al-lail:7}

Umm... apa tiga perkara itu ye? Jom sama-sama kita lihat:



1.Memelihara silaturahim sesama manusia

Teman-teman, kita semua adalah sama. Dicipta daripada tanah oleh Allah.Kita semua hanyalah hamba.Apa salahnya kita berbuat baik sesama insan. How? Banyak caranya. Apa yang kita boleh buat adalah saling menderma, bantu-menbantu dan banyak lagi.

2.Bertaqwa kepada Allah

Seperti yang dikatakan sebentar tadi, kita semua adalah hamba Allah. Siapa kita ini nak angkuh pada Yang Maha Esa. Hendaklah kita ini selalu bertqwa kepada-Nya. jaga hubungan dengan Allah setiap masa.

3.Cinta kepada kebaikan

Mengakui adanya nilai-nilai yang baik dalam dunia ini,yang terpuji oleh sesama manusia.

"maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan"
{al-lail:10}

3 perkara yang akan membawa kepada kecelekaan ialah:

1.Bakhil bin kedekut

Tidak mahu mengeluarkan harta untuk membantu insan yang memerlukan. Serta tidak ingin menggunakan harta untuk membuat amal jariah kerana dirinya terlalu mencintai harta.

2.Merasa dirinya cukup

Insan ini tidah mahu membantu atau dibantu kerana takut andainya nanti perlu membalas budi orang tersebut.

3.Mendustakan adanya kebaikan

Dia tidak percaya bahawa di dunia ini ada nilai-nilai kebaikan. Kebaikan hubungan sesama manusia dan kebaikan hubungan dengan Allah, kebaikan di dunia dan akhirat.


#selamat beramal
sumber:majalah jom

2 comments:

Sheila Adziz said...

nice sharing sis... jaga silaturahim tu.... rasulullah saw kata suruh jaga 40 kanan, kiri, dpn , belakang rumah kita.... tp kdg kala jiran sebelah pun kita tak kenal mcm akak.... astagfirullah...

Nurul Najihah said...

betul tu

-->