HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Monday, November 30, 2015

Adni the wasathiyah

Assalamualaikum. Adni the wasathiyah..kelas yang sarat dengan memori. Itulah kelas aku. Aku kelas 4 Adni. Guru kelas aku ustaz Ihsan. Ustaz ni ajar subjek tauhid feqah. Ketua kelas aku Alif Imran. Penolong dia Hanis Mahira. Setiausaha Ezryn. Bendahari Atiqah Hanisah.Ketua keceriaan Atiqah Ahir. Sebenarnya Lyana tapi bila dia pindah dia minta Atiqah ganti tempat dia. Ketua kebersihan pula Shakir.

Sekarang biar aku ceritakan satu persatu memori 2015.
Mula-mula, pada hujung bulan Februari, kami dikejutkan dengan berita perpindahan Lyana.Mengalir air mata kami menangisi pemergiannya.Pada 6 April-22 April seramai 15 orang pelajar dari Sekolah Menengah Diniyyah Puteri,Indonesia datang ke sekolah kami. Pelajar-pelajar tersebut telah memasuki kelas tingkatan empat.

Dekat kelas aku ada seramai 4 orang dari mereka iaitu Viny,Vindi,Sari dan Gika.Banyak memori indah yang telah kami cipta bersama. Ah,betapa rindunya saat saat itu... Sepanjang tempoh mereka di sini, kami juga telah membuat satu prank bersempena hari lahir ustaz Ihsan. Walaupun prank tu tak jadi tetap jadi kenangan. Manis sekali.

selepas prank bersama pelajar dari Indonesia

Seterusnya, kisah hari raya pula. Bersempena Aidilfitri yang lalu, kelas kami telah ziarah-menziarahi rumah guru kelas kami dan ahli kelas kami. Tapi hanya 4 buah rumah.Ustaz Ihsan, Cikgu Roshidah (cikgu akaun), Mahira dan Syakirah. Namun tak semua yang pergi hanya 13 orang. Haziq, Imran, Umi, Rus, Natasya, Anis, Aini, Hamizah, Atiqah Hanisah, Atiqah Ahir, Mahira, Syakirah dan aku.

Mula-mula pergi rumah ustaz Ihsan. Kemudian, rumah cikgu Roshidah, Mahira dan Syakirah. Macam-macam ragam.

dekat rumah ustaz Ihsan

ni anak ustaz.namanya Luqman.comel kan?

ni pula dekat rumah cikgu roshidah
 Time mereka tangkap gambar ni ada 4 orang dah bertolak ke stesen bas dulu. Lupa nak tangkap gambar masa tu.

ini depan rumah Mahira. 

Kami pergi dengan menaiki teksi. Tiga buah teksi semuanya.Oh, aku lupa nak cakap yang Atiqah hanisah dia bawa adik dia sekali. Tu yang ada tiga orang lelaki.

ini pula di rumah Syakirah.

Budak lelaki yang lagi seorang itu adik Syakirah, Syafiq. Pada bulan Ogos pula, seramai 15 pelajar tingkatan 4 pergi ziarah balas ke Sekolah Menengah Diniyyah Puteri, Indonesia.Budak kelas aku ada tiga orang yang pergi, Anis, Aini dan Syakirah.


Pada bulan April juga ada beberapa orang guru praktikal telah datang ke sekolah aku. Dua dari mereka telah mengajar kelas aku. Ustaz Azizi dan Ustazah Husniyah.

ni gambar bersama ustazah Husniyah

Gambar dengan ustaz Azizi ada tapi malas nak tangkap masuk dalam ni.Aku sangat bahagia berada dalam kelas ni. Walaupun kadang-kadang ada rasa annoying tapi ia memberi kenangan yang manis.

To Adnian's, aku harap ukhwah yang terjalin ini tak akan terhenti di sini malah akan membawa kita ke syurga. Aku minta maaf sangat-sangat di atas segala salah dan silap selama setahun kita sekelas. Biiznillah tahun depan kita sekelas lagi. Aku happy sangat sekelas dengan korang. Thanks kerana memberi aku kenangan yang indah ini. Thanks juga kerana terima aku sebagai ahli kelas korang. Arigato ghozaimasu.




No comments:

-->