HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Monday, September 21, 2015

Penat


Assalamualaikum.Alhamdulillah.Akhirnya diri ini diberi peluang untuk menulis.Hati....Susahkan nak jaga hati?Diri perlu kuat untuk mujahadah.Semakin ku kenal dunia ini semakin banyak dugaan.Aku merasakan tahun inilah yang paling banyak dugaan berbanding tahun-tahun sebelum ini.


Aku merasakan betapa kuatnya ujian itu.Namun,aku sedar itu hanyalah sebahagian.Masih banyak lagi dugaan yang perlu aku hadapi selepas ini.Aku yakin ujian ini adalah sebagai tanda chenta-Nya.
meski sebanyak mana pun dugaan yang kita hadapi kita perlu yakin pada Allah.Jangan sesekali kita bergantung selain-Nya.Meski orang di sekeliling tidak mahu untuk membantu ingatlah bahawa kita masih ada Allah untuk bergantung.

Sahabat,ujian adalah satu tanda chenta Allah pada hambanya.Allah berfirman,"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman',dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."[al-Ankabut]

Pada saat ujian itu datang pada kita itulah masanya untuk kita membuktikan keimanan kita pada allah.Apakah kita ini benar-benar beriman?Atau kita hanya berdusta.Sekuat mana pun ujian yang datang,bergantunglah pada Allah.Bacalah al-quran bagi menenagkan hati ini.Tunduk sujudlah pada-Nya bagi memohon petunjuk.

Sahabat,masih ingatkah kalian pada kisah Rasulullah berdakwah di Taif.Saat Rasulullah tiba di taif, penerimaan yang diharap cacian yang diterima.Rasulullah dihina dan dicaci.Rasulullah boleh sahaja berdoa pada Ilahi agar menghancurkan kaum di situ namun Rasulullah tidak melakukan sedemikian. Rasulullah yakin yang suatu hari mereka akan menerima Islam.Betapa kuatnya ujian yang Rasulullah terima.

Sahabat kuatkan diri.Jangan mudah putus asa.Ingat ghayah kita dilahirkan dunia ini.Kita dilahirkan untuk menjadi khalifah.Menyebarkan agama-Nya.sepenat mana pun kita,jangan pernah berputus asa.Kembalilah pada Allah.Mohon pada-Nya agar diberi kekuatan.La hawla wala quwwata illa billah.

No comments:

-->