HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Monday, June 08, 2015

oh sahabat...


Assalamualaikum.Setiap dari kita mesti ada kawan kan?Tak kisahlah kawan baik ke,sahabat ke, and what so everlah.Dan dalam masa yang sama juga kita adalah seorang kawan.Sedarkah kita?


Umm,,, sebagai seorang kawan apa yang patut kita buat ye?

Untuk menjadi seorang kawan atau sahabat yang baik kita perlulah mengajak kawan kita menuju ke syurga.Sama-sama bermujahadah.Barulah kita kuat untuk bermujahadah sebab kita ada orang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat pada kita.

Sebagai seorang kawan yang baik juga,kita tidak seharusnya membuka aib kawan kita.Sentiasa ingat yang kalau kita tutup aib orang di dunia,Allah akan tutup aib kita di akhirat kelak.

Seterusnya,tegur kawan kita kalau dia ada buat salah ke.Amar ma'ruf nahi mungkar.Kemudian,sentiasa sokong minat kawan kita tu.Tapi... ke arah kebaikanlah.Janganlah pulak kita pergi sokong kawan kita buat perkara yang mendatangkan dosa.Nanti dengan kita sekali yang dapat dosa sebab tak cegah.

Untuk menjadi seorang kawan yang baik juga, selalu maafkan salah kawan-kawan kita sebelum kita tidur.Baru dapat tidur dengan tenang dan nyenyak.Biiznillah.

Apa-apa pun kembali pada al-quran dan as-sunnah.Jadikan kedua-dua itu sebagai panduan hidup kita.Persahabatan akan menjadi lebih indah sekiranya Lillahita'ala.

No comments:

-->