HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Saturday, May 02, 2015

Friendship


Assalamualaikum.A long time I did not write any entry.About a month I did not coming back to home.Along that time many things had happen.


Tanggal 6 April 2015-22 April 2015 seramai 15 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Puteri Diniah Padang,Indonesia telah datang menimba pengalaman belajar di sekolah kami.Meskipun hanya 2 minggu bersama tapi rasanya seperti telah lama kami berkenalan.

Pelajar-pelajar tersebut telah menyertai bersama dengan kelas tingkatan 4.Budak kelas saya seramai 4 orang iaitu Viny,Gika,Vindi dan Sari.Semuanya baik-baik.Banyak kenangan yang telah kami cipta bersama.

Hari pertama mereka tiba memang kekok.Tak tahu nak berborak tentang apa.Lama-lama kami jadi rapat.Setelah buat pembentangan sama-sama,belajar sama-sama,berborak sama-sama dan pelbagai perkara lagi kami sudah seperti sudah lama berkenalan.Mereka semua baik-baik.

Banyak perkara yang kami belajar dari mereka.Perkara yang paling menyentuh hati saya adalah hafal al-quran.Diaorang ni semuanya hafizah.

Bila tiba hari terakhir diaorang dekat sekolah kitaorang,kitaorang semua mengalirkan air mata.Siapa tak sedih.Perasaan sedih tu sukar untuk diungkapkan.Yang paling menyentuh hati kitaorang sekali ialah budak kelas saya telah bagi cenderamata dekat kitaorang sorang satu.Memang terharu betul.Malam tu kitaorang tangkap gambar satu kelas.

Meskipun jasad kami berpisah namun hati dan jiwa kami tidak terputus begitu sahaja.Kata-kata mereka yang memang menyentu perasaan saya ialah: 

Jadikan rabitah itu pengikatnya,jadikan doa aspirasi rindu,semoga kita bersua di syurga
Inilah pertama kali kami pelajar tingkatan 4 menerima kunjungan daripada pelajar sekolah lain.Sekali datang terus dari seberang lautan.Alhamdulillah.Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan selamanya.Amin.

No comments:

-->