HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Thursday, March 19, 2015

Orang Bijak


Orang bijak
Sering diertikan dengan orang yang cemerlang pelajarannya
Mereka terlupa
Erti sebenar orang bijak


Siapa dia orang bijak?
Apa orang yang cemerlang pelajarannya?
Atau orang yang berjaya?

Orang bijak
Apa taarif orang bijak yang sebenar?
Siapa yang layak digelar orang bijak?

Orang bijak
Bisa ditaarif hanya dengan satu kalimah
Mati
Itu dia orang bijak
Orang yang sering mengingati mati

Manusia
Lupakah kalian pada ajal yang menghampiri?
Ajal pasti menjemputmu
Tanpa mengira umurmu

Manusia
Sibuk sungguh kalian
Apa yang kalian kejarkan di dunia ini?
Dunia ini hanya penuh dengan fatamorgana

Manusia
Kau manusia aku juga manusia
Sama-sama manusia
Aku juga terleka

Manusia
Sedarlah kalian
Akhirat matlamat kita
Redha Allah impian kita

Manusia
Kembalilah ke pangkal jalanmu
Tidak mahukah kalian menjadi orang bijak?

Manusia
Dunia ini tempat kita bercucuk tanam
Akhirat tempat kita menuai

Manusia
Marilah kita menjadi orang bijak
Sentiasa mengingati mati
Agar diri sentiasa dekat pada-Nya

No comments:

-->