HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Saturday, March 21, 2015

Oh nombor!


Assalamualaikum.Alhamdulillah akhirnya ujian penilaian 1 berjaya ditempuhi.Keputusannya pun dah tahu.Tapi masih ada lagi 5 subjek yang belum tahu keputusannya.Alhamdulillah keputusan peperiksaan kali ini memberansangkan.Yang paling teruk sekali markah english.
Tak tahulah kenapa english saya ni teruk sangat.Padahal dah bertahun-tahun belajar.Tapi,subjek yang baru tahun ni belajar ok pulak tu.Em.. tak faham betul.Tapi tak apa,masih ada masa untuk perbaiki lagi.Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang mendoakan saya.

Bermula tahun ini hidup saya akan dipenuhi dengan nombor.Sepanjang masa nombor nombor.Memang dari kecil saya mengenali nombor tetapi saya merasakan sejak masuk form 4 ni hidup penuh dengan nombor.Setiap malam waktu prep mesti ada je homework yang berkaitan dengan nombor,Susah betul nak berpisah dengan nombor.Tidak mengapa wahai nombor,aku sayang kau nombor.

Macam manalah hidup tak penuh dengan nombor kalau dah namanya budak sains ihtisas.'tak tahu lah ejaan tu betul ke tidak'.Semua killer subjeknya itu berkaitan dengan nombor.Fizik,kimia dan akaun.Saya tak ambil biologi sebab saya bukan budak sains tulen.So,bab-bab manusia ni dah lama saya tak belajar.Tapi saya tak kesah pun.

Um.. kering pula idea ni nak tulis apa.Sampai di sini sahajalah.Kita jumpa lagi di lain waktu.Tata.

No comments:

-->