HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Wednesday, March 18, 2015

Cerpen pertamaku.

    


  ‘Hai buat apa?’

     Aku menekan punat hantar.Sudah menjadi rutin harianku untuk berbalas mesej dan surat bersama si dia.Perbuatan ini menjadi rutin harianku sejak sebulan yang lalu.Status diriku juga telah berubah.Seorang yang berstatus single telah berubah menjadi status in relationship with Aril.Segalanya bermula sebulan yang lalu.
*****
     “Nurul,jumpa saya lepas sekolah dekat wakaf.”
Selepas tamat sesi persekolahan, aku segera ke wakaf seperti yang dipinta Aril. Setibanya aku di situ,aku dikejutkan dengan sekotak coklat dan sebuah patung teddy bear.
This is for you.”
“For what?”
Untuk insan yang saya sayangi.Tak salah,kan?” “Nurul,will you be my girlfriend?”
     Aku terkesima.Hatiku berbunga-bunga.Siapa sangka cintaku tidak bertepuk sebelah tangan.Cintaku berbalas. Sudah lama kupendam perasaan ini.Riang sungguh hatiku.Aku mengangguk tanda setuju.
*****
      Semenjak itu,aku selalu berbalas surat dengannya.Keluar menonton wayang,makan ais krim dan berbalas mesej.Boleh dikatakan siang malam asyik berkepit sahaja.Tamat persekolahan, kami ke perpustakaan mengulangkaji pelajaran bersama.Maklumlah, tahun ini kami akan menghadapi PMR.Kami digelar sweet couple oleh kawan-kawan.Sehari tidak berbalas mesej tidak keruan jadinya.Perasaan rindu membuak-buak.
*****
       Keputusan PMR sudah diumumkan.Aku berjaya mendapat 8A.Aril juga berjaya mendapat 8A.Aku mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh di Rawang.Aku menerima tawaran itu.
“Awak,saya dapat tawaran ke sekolah di Rawang.”
“Awak terima ke?”
“Mestilah.Itulah sekolah yang saya impikan untuk masuk sejak dari dulu lagi.”
“Macam mana dengan saya?”
“Nanti kalau saya cuti kita contactlah.Awak jangan risau.Saya sayang awak.Jaga diri elok-elok.Jangan nakal-nakal. I love you.”
“Ok.Awak jangan lupakan saya pula.Saya pun sayang awak. I love you too.Bye.”
“Bye”
*****
      Bermulalah kehidupanku sebagai seorang pelajar baru.Sepanjang persekolahanku di situ, telah banyak perubahan yang aku lakukan. Auratku lebih terpelihara,batas pergaulanku lebih terjaga.
Suatu hari…
        “Kita sebagai orang perempuan kena pandai jaga diri.Jangan senang-senang je serah cinta kita pada yang tidak layak.Allah berfirman:
“Janganlah kamu mendekati zina”
Allah dah pesan dalam al-quran supaya jangan kita mendekati zina.Chatting,mesej, semua itu hanya membawa kita ke arah zina.Kalau betul kita sayang pada si dia,kenapa kita bawa dia ke lembah maksiat.Kalau betul kita sayang dia,bawa dia ke syurga.Bersabar.Belum sampai lagi masanya untuk kita menyerahkan cinta kita padanya.Sama-sama belajar menahan.Kalau betul sayang,putuskanlah hubungan itu.”
      Aku terpana.Hatiku terkesima.Aku menangis teresak-esak. ‘Ya Allah,hinanya diriku ini.Aku terlalu ikut hawa nafsuku.Aku solat,mengaji tapi dalam masa yang sama aku melakukan dosa padamu.Ya Allah ampunilah aku.’,aku bermonolog.
     Setibanya waktu balik bermalam,aku terus mencapai telefon bimbitku.Demi menjalankan satu misi.
     “Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam,instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...”
‘Bismillahirrahmanirrahim.’ Aku menekan  punat hantar.Kemudian terusku padam contact yang bernama ‘Aril’.
     Aku menangis sekali lagi.Segera aku berwudhuk lalu solat sunat dua rakaat.Memohon keampunan padanya.Aku yakin dengan keputusan yang telah ku ambil ini.Kalau betul dia untukku pasti akan ditemukan jua.Semenjak itu aku terputus hubungan dengan Aril.
*****



Lima tahun kemudian.
       “Cik,baju ni satu berapa?”,sapa seorang pemuda berkemeja kuning.Aku berpaling. “Em..yang ini satu RM50,encik.”,aku membalas. Sebaik sahaja aku melihat wajahnya,aku berasa seolah-olah mengenali pemuda itu. ‘Tetapi di mana?’ hatiku menggumam.
*****
     Angin petang memukul wajahku.Tudungku sedikit terangkat.Aku membetulkan tudungku.Aku sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah.Kereta Myvi putih kesayanganku sedang dibaiki.Tiba-tiba, datang sebuah motorsikal lalu merampas tas tanganku.Aku terjelepuk.Lalu,seorang pemuda berlari mengejar peragut itu tadi.Aku menunggu di situ kebimbangan.
   Kemudian,pemuda tadi datang menghampiriku.
“Nah,beg awak!” ucap pemuda itu.
“Ouh,terima kasih” aku berkata sambil menunduk.
“Sama-sama.Lain kali hati-hati.Dekat sini banyak kes ragut.”
“Ok.” ‘Suara itu...’
*****
     Telefon bimbitku berdering.Tertera nama ibuku.Aku segera menjawab panggilan ibu. ‘Pasti ada hal penting’,hatiku meneka. “Assalamualaikum,ibu.” “Waalaikumussalam.Ni ibu ada hal penting nak cakap.” “Hal apa ibu?” “Tadi ada orang masuk meminang kamu.Kamu setuju tidak?” “Hah? Siapa ibu?” “Manalah ibu tahu.Dia kata dia kenal dengan kamu.Ibu pun berkenan dengan dia.Berbudi bahasa orangnya.” “Bagi Nurul masa.Nurul nak buat istikharah dulu” “Ha yelah tapi jangan lama sangat.” “Baik ibu,” Talian diputuskan.
*****
    Kali ini termasuk kali ketiga aku tunaikan solat sunat istikharah.Keputusannya tetap sama.Aku berasa lebih tenang dan bertenaga.Kali ini aku yakin dengan keputusan ini.Segera ku capai telefon bimbitku lalu ku dail ibuku.
“Assalamualaikum,ibu.”
“Waalaikumussalam.”
“Ibu,Nurul sudah buat keputusan.Nurul terima pinangan tu.Nurul setuju.”
“Nurul yakin dengan keputusan yang Nurul buat ini?”
“Ya,yakin.Sangat yakin.Ibu pun redha dengannya.”
“Alhamdulillah”
*****
      “Aku terima nikahnya Nurul Damia binti Muhammad Haziq bengan mas kahwin senaskah al-quran tunai” lafaz seorang pemuda yang segak berbaju melayu berona merah jambu. “Sah?”Tanya waliku,bapa kandungku. “Sah,sah,sah.”ucap tiga orang pemuda merangkap abangku. “Alhamdulillah” Air mataku mengalir membasahi pipiku.

     Aku bersalaman dengan imamku.Aku mendongak untuk melihat rupanya.Riak terkejut terpamir di wajahku.Pemuda itu.Muhammad Shahril Akmal bin Muhd Yusuf.Itulah dia suamiku.Dia jugalah yang pernah hadir dalam hidupku lima tahun yang lalu.Siapa menyangka jodohku adalah dengannya.

No comments:

-->