HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Sunday, February 01, 2015

Kehilangan


Assalamualaikum.Sebulan sudah berlalu.Dalam sebulan ini saya telah kehilangan 2 orang ahli titanium batch iaitu Batrisyia Omar dan Lyana.


Minggu pertama sekolah,Batrisyia pindah.Dia pindah ke Kolej Permata Pintar.Dia ni budak pandai.Baik pula tu.Yang ini saya tak adalah sedih sangat sebabnya memang dah tahu dari awal.Kami kehilangan seorang badar dalam titanium batch.Malam terakhir sebelum dia pindah kami buat perjumpaan.Kitaorang buat suprise dekat dia.Kitaorang bagi satu kad ucapan.Semua orang bagi ucapan masing-masing.Mengalir air mata kitaorang.

Kedua,Lyana Adrina.Tanggal 30 Januari 2015 merupakan hari terakhirnya di sekolah ini.Yang ini memang saya sedih sangat.Hampir seharian saya menangis.Sebabnya kitaorang memang tak tahu pun yang dia akan pindah.Dia pun tak tahu.Tiba-tiba time rehat dia kena panggil pergi pejabat sebab mak dia datang.Bila dia masuk kelas je dia menangis.Kitaorang pun tanyalah kenapa.Rupa-rupanya dia kena pindah.

Habis satu kelas menangis.hari Jumaat hari tu baru dia tahu yang dia kena pindah.Sekolah mana?Dia rahsiakan.Dahlah hari jumaat tu hari balik bermalam.Memang sedihlah kan.Satu batch menangis.Kitaorang kehilangan kakak sulung kitaorang.Saya kehilangan seorang ahli usrah saya.Kelas kami pula kehilangan ketua keceriaan kami.Sebelum rehat,kitaorang baru je bincang barang yang nak kena beli untuk keceriaan kelas.Tiba-tiba Lyana kena pindah.

Walaupun kedua-dua orang ini saya tak rapat mana tapi memang sedih sangat bila diaorang pindah.Ahli batch kami berkurang daripada 122 orang menjadi 120 orang.Dalam sebulan kami kehilangan dua ahli titanium batch.

Kepada Lyana dan B.o. jaga diri kauorang elok-elok.Hope kauorang tabah hadapi segala dugaan di luar sana.Ana tak tahu sama ada kita jumpa lagi atau tak, tapi selalulah ingat kitaorang.Kitaorang tak pernah lupakan kauorang.Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.



1 comment:

norsalihah shaleh said...

wah...tetiba pindah!!! sedih juga rasa... :(

zinziemeewah

-->