HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Saturday, January 03, 2015

Kisah bermula

Assalamualaikum.Nampaknya 2015 sudah menjelma.Semoga tahun 2015 ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelum ini.Umur kita pun makin meningkat.Ingatlah bahawa ajal itu semakin menghampiri kita.Ajal itu tidak kira tua atau muda.Sekiranya sudah tiba masanya ia pasti datang.Tidak terlewat mahupun cepat walaupun sesaat.
Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita.Perbanyakkan lagi amalan kita.Jika kita ingin keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pasti kita berusaha kan?Begitu juga dengan syurga.Kita inginkan syurga,maka kita perlulah melakukan amalan untuk mendapatkan syurga.
Syurga itu nilainya amatlah mahal.Sangat sukar untuk kita miliki.Ingatlah bahawa bekalan kita ini sangatlah sedikit.Namun,pada masa yang sama kita juga perlu pastikan niat kita itu betul.Niatkan bahawa buat amal kebaikan ini untuk mendapatkan keredhaan Allah.Bukan hanya semata-mata inginkan syurga.Tanpa redha-Nya pun,belum tentu kita dapat masuk ke syurga.
Setiap amalan kita ini pasti disoal.Ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui.Allah itu tahu apa isi hati kita.Kita tak mampu dan tidak bisa untuk membohongi Allah.
Tanamkan dalam diri kita sifat ihsan.Sifat ihsan ini adalah sifat yang mana kita rasa seolah-olah kita melihat Allah.Paling kurangpun kita rasa Allah sedang memerhatikan kita.Bila sifat ini tertanam di dalam diri kita, pasti kita akan sentiasa membuat amal kebaikan.Kita tidak akan berani untuk langgar perintah-Nya.
My last word,setiap insan itu tidak sempurna.Pasti ada kekurangan dalam dirinya.Jangan kita pandang kekurangan diri itu sebagai satu kehinaan.Contohnya,bila kita nampak kekurangan seseorang ini kita terus tak nak kawan dengan dia.Tapi,kita bantu sesama kita untuk menjadi lebih baik dan perbaiki kekurangan itu.Sejahat-jahat seseorang itu pasti ada walau sekelumit kebaikan dalam dirinya.

No comments:

-->