HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Friday, January 09, 2015

Amanah vs Larangan

Assalamualaikum.Kita bersua kembali.Dah lama rasanya tangan ini tidak menari-nari di atas papan kekunci laptop ini.Nampaknya harinya sudah semakin hampir.Hari apa?Hari untuk pulang ke asrama.
Hanya tinggal dua hari lagi.Golden Holidays tak payah cerita.Umm...Memang tak siaplah jawapannya.Tak apa saya akan cuba siapkan juga sekurang-kurangnya 90% sebelum balik semula ke asrama.
Kalau ikutkan hati memang malaslah juga untuk balik semula ke asrama.Tapi saya lagi rela balik ke asrama daripada duduk dekat rumah ni.Mana taknya duduk terperap je dalam rumah.Tak ke kebosanan.
Walau apa pun yang terjadi hidup perlu diteruskan.Belajar itukan amanah kita sebagai seorang pelajar.Kepada para pelajar di luar sana,peliharalah amanah yang sedang anda galas sebagai seorang pelajar itu dengan sebaiknya.Jangan nak memandai duk pergi bercinta pula.Antara amanah dan larangan.
Belajar merupakan amanah kita.AMANAH.Ingat tak kisah Imam Ghazali yang bertanya 6 soalan kepada anak muridnya.Salah satu soalannya berbunyi begini "Apa yang paling berat di dunia?".Muridnya pun bagilah macam-macam jawapan.Lepas tu Imam Ghazali jawab "Ya,segala jawapan kamu itu betul tetapi ada yang lagi berat dari itu iaitu amanah." Ha, nampak tak betapa beratnya memikul amanah ini.
Nanti di akhirat Allah akan tanya kita bagaimana cara kita memikul amanah itu.Jadi sebagai pelajar amanah kita ialah belajar.Jadi peliharalah amanah itu sebaiknya.Belajar betul-betul.Jangan nak bercintalah apalah.Tak baik.Kalau kita bercinta time belajar ini ia umpama 'Amanah vs Larangan'.
Kitakan diamanahkan untuk belajar kenapalah kita nak sibuk peningkan kepala tu dengan bercinta.
Allah berfirman dalam surah al-israk ayat 32,
'Janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.'
Mendekati zina pun tak boleh apatah lagi kalu kita buat.Namun,zaman sekarang para remaja suka menggunakan istilah 'bercinta kerana Allah'. Yang dimaksudkan dengan cinta kerana Allah itu seharusnya mempunyai tiga unsur.

1.Mencintai seseorang ikhlas tanpa ada apa-apa kepentingan.Bukannya sekadar bercinta sahaja.
2.Cintanya itu tidak melebihi cinta kepada Allah.Rasulullah dan ibu bapa.Kalau cinta kita itu melebihi cinta kepada Allah,Rasul dan ibu bapa cinta itu bukanlah cinta sejati malah cinta yang sangat keterlaluan.
3.Tidak melakukan apa-apa yang melanggar hukum syarak.

Orang kata bercinta hanya kerana ingin berkenal-kenalan.Tetapi ingatlah bahawa segala tingkah laku pasangan kekasih kita itu hanyalah lakonan.Kalau nak tahu sikap yang sebenar,ianya hanya akan ditonjolkan selepasa berkahwin.Imam Hassan al-basri juga pernah berkata;Meskipun kamu bercinta selama 20 tahun sekalipun itu semua hanyalah lakonan.

Seperti yang saya katakan tadi,jikakita bercinta semasa belajar ia umpama antara amanah dan larangan.Kenapa amanah dan larangan.Kita diamanahkan oleh ibu bapa kita untuk belajar tetapi apabila kita bercinta itu ertinya kita telah menderhakai ibu bapa kita.Amanah yang kita galas itu pecah,hancur berkecai hanya dalam sekelip mata sahaja.

Ingatlah bahawa Allah itu murka terhadap orang yang pecah amanah.Allah berfirman." Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"(surah al-maidah ayat 50).

Kalau kita benar-benar sayang pada si dia,putuslah.Cari cinta Allah itu dulu.Redha Allah itu sangat penting.

No comments:

-->