HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Thursday, December 25, 2014

Tercari-cari


Tanganku terkapai-kapai
Fikiranku buntu
Hati ku resah
Demi mencari sebuah pengertian

Lenaku
Seleraku
Kehidupanku
Sudah tidak ku peduli

Apakah berbaloi kehidupanku ini?
Sedangkan aku
Masih tidak jelas tujuanku
Apa yang harus kulakukan?
Apa yang bisa kubuat?
Lari dari kenyataan?
Atau
Memejamkan mata
Menutup fikiran ini
Lalu teruskan kehidupan

Tidak!
Sesekali tidak akan kubiarkan
Aku harus mencari jawapan
Tapi,di mana?
Di mana jawapan itu berada?

Kepalaku berpaling ke arah meja
Ada sebuah kitab di situ
Aku ambilnya
Aku buka dengan hati berdebar
Ku pejamkan mata ini

Mencari mardhatillah
Ku ulangi ayat itu
Ayat itu...

Kini kuketahui
Hati kutenang
Semangatku membara
Fikiranku lapang

Itulah jawapannya
Jawapan tercari-cari selama ini
Baru kusedari
Jawapan itu berdekatan denganku

Aku alpa
Aku leka
Aku membiarkan diri-Mu
Ku sangka
Jawapan itu sukar diperoleh
Ternyata
Berada di depan mataku

Syukur Alhamdulillah
Aku menemui jawapan itu
Allahu Akbar!

No comments:

-->