HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Sunday, December 21, 2014

Terasa debarannya

Asslamualaikum.Aloha.Dup dup je jantung ni.Berdebar-debar.Esok Resault PT3 keluar.Saya selaku calon PT3 2014 of courselah berdebar.Kalau korang tanya saya 'agak-agak dapat berapa?' saya hanya mampu tersenyum.Saya pun tak tahu akan dapat berapa.



Apa-apa pun saya ucapkan good luck to all titanium batch and all PT3 2014 candidates.Hope korang dapat resault yang terbaik untuk korang.Apa-apa pun resault yang kita dapat,itulah yang terbaik buat kita.Ingat ini hanyalah ujian di dunia.

Kita masih ada satu lagi ujian yang memang pasti.Semua orang akan menghadapinya.Ujian ini yang akan menentukan kebahagiaan kita di akhirat.Untuk kita lulus dengan jayanya ujian itu mestilah kita buat persiapan.Persiapan yang macam mana?Persiapkan diri dengan melakukan amal soleh kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya.Kalau amalan baik kita banyak tapi tiada keredhaan Allah,tidak ada nilainya.

Semasa kita beramal itu jangan pula kita kotorkan hati kita dengan penyakit hati.Contohnya,ujub,riak,takabbur,sombong.Kita kena ada sifat tawaduk dalam diri itu.Selain itu,kita juga kena sentiasa bersifat qanaah(merasa cukup).Bila kita sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada kita tidak akan ada rasa untuk mengejar dunia.Tapi janganlah pula kita berasa sentiasa cukup dengan amal soleh kita.Kita ini muslim 'asi.Sentiasa membuat dosa.

Rasullah yang maksum itu pun sentiasa memohon ampun kepada Allah.Beristighfar.Qiamullail.Inikan pula kita yang sering melakukan dosa.
-->