HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Friday, December 12, 2014

love


cinta.satu kalimah yang sukar ditafsirkan maknanya.apa itu cinta?setelah saya belek kamus dewan,cinta bererti perasaan sangat sayang kepada sesuatu.contohnya,negara,ibu bapa,adik-beradik.namun, masyarakat hari ini sering menyalah tafsirkan erti cinta.pada mereka cinta itu bererti perasaan sang terhadap insan yang berlainan jantina.


Sebagai umat Islam,kita perlulah memenuhkan hati kita dengan cinta kepada Yang Maha Agung.Tanpa Allah kita tidak akan tercipta di dunia.Jika Allah tidak mencampakkan perasaan saling menyayangi antara ibu bapa kita tidak terlahirlah kita di dunia ini.

Apabila hati dipenuhi dengan cinta kepada Allah,iman kita akan bertambah.Diri kita akan semakin dekat kepada Allah.untuk meraih keredhaan Allah kita perlulah bermula dengan rasa cinta kepada Allah.Apabila kita cinta kepada Allah secara automatik kita akan buat perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dibencin-Nya.Itulah sebagai satu pengorbanan kita demi perasaan cinta kita.


Apabila hati kita dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah,kita tidak akan sewenang-wenangnya memasukkan cinta kepada makhluk di dalam hati kita kerana kita tahu Allah tidak menyukai kita leka dengan dunia.Kita juga takut jika kita cinta kepada makhluk-Nya kita akan leka daripda mengingati-Nya.


-->