HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Friday, December 26, 2014

Ketenangan


Tumbuh-tumbuhan menari-nari
Mengikut rentak angin
Melakar sebuah lagu

Kebahagian kian terasa
Kedamaian makin menghampiri
Keceriaan mula menyapa

Angin bertiup
Menerbangkan tudungku
Kesejukan terasa

Awan di langit melakar bentuk
Membuatku tersenyum
Menghilangkan keresahanku

Ketenangan mula diperoleh
Jalan penyelesaian hinggap di kepalaku
Ku lakarkan segalanya di atas sebuah kertas

Penaku menari-nari
Mengikut rentak tanganku
Kutulis segalanya di situ
Kuluahkan segalanya

Al-quran kucapai
Kubuka lalu baca
Terjemahannya kufahami
Kedamaian terbit di hatiku

Keresahanku
Hilang dibawa angin
Ketenangan kuperoleh
Sejurus kubacanya

Itulah kalam Allah
Sungguh indah bahasanya
Memberi ketenangan di jiwa
Membawa ke arah cahaya
Memimpin insan ke syurga

No comments:

-->