HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Monday, September 01, 2014

Tiada Istilah Stres



Stress??? Siapa kata dalam dunia ini ada istilah stress.itu semua hanyalah dugaan dan cubaan daripada Allah.Kali ini aku kongsi cara menghadapi ujian daripada Allah


Ucap Alhamdulillah
Kita mestilah bersyukur kepada Allah sebab Dia bagi ujian ini kepada kita.itu maknanya Dia sayang kepada kita,ingat kepada kita.Mungkin kita terlalu leka dengan dunia,sebab itulah Allah bagi ujian kepada kita agar kita ingat kepada-Nya.Mengucapkan Alhamdulillah semasa ditimpa ujian ini merupakan satu ciri-ciri orang beriman.

Muhasabah Diri
kita juga kena muhasabah diri.mungkin disebabkan dosa kita yang lalu Allah bagi ujian.kita juga kena ingat melalui ujian inilah dosa-dosa kecil kita terhapus.sebab itulah kita kena bersyukur Allah bagi kita ujian.

Solat
Rasulullah pernah bersabda:"ya Bilal rehatkan kami dengan solat"(Riwayat Ahmad)Hadis itu telah membuktikan bahawa dengan solat hati kita akan menjadi tenang.Untuk hasil yang terbaik kita perlulah khusyuk dan ikhlas semasa menunaikan solat.solat ini bukanlah hanya khusus untuk solat fardh sahaja malah solat sunat juga penting seperti solat sunat ba'diah,solat hajat,solat taubat dan solat tahajud.

Positif
we need to think positive.Rasulullah yang lagi banyak dugan yang menimpa pun mampu untuk berfikiran positif inikan pula kita yang hanya iinsan biasa.ingat segala sesuatu itu bermula daripada mind set kita.so just think positive

SedarDiri
Kita kena yang kita ini hanyalah hamba Allah.Jadi kita berhak untuk dapat dugaan daripada-Nya.Seseorang yang sedar bahawa dia inilah hanyalah seorang hamba pasti akan reda menerima segala cubaan dan dugaan yang menimpanya.

So kepada sesiapa yang sedang menghadapi dugaan itu harap dapat terima dengan reda.lapangkan dada.aku rasa post kali ini sesuai untuk pelajar yang akan menghadapi ujian besar tahun ini seperti UPSR,PT3 dan SPM.Aku doakan semua calon UPSR,UPSRA,PT3,SMA dan SPM berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.jangan lupa juga untuk doakan aku agar berjaya dapat 9A dalam PT3.



-->