HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Thursday, September 18, 2014

Snacking

anda sukakan snacking?apa itu snacking?snacking ialah makan di antara dua waktu makan utama.tetapi,memakan apa-apa jenis makanan yang bukan hidangan utama juga dipanggil snacking.
ada sesetengah individu yang berpendapat bahawa snacking boleh menggemukkan.tetapi,bilangan yang suka snacking juga ramai.jadi,macam mana?



ada sesetengah yang makan bagi memenuhi keinginan.saya juga suka snacking.tetapi,untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat,kita haruslah bijak merancang dan memilih.contohnya,saya kentang goreng.saya tahu kentang goreng mengandungi lemak yang tinggi.maka,untuk waktu makan yang seterusnya saya perlulah mengambil makanan yang kurang lemak.

tambahan pula,hidup dalam keadaan yang jadual harian padat pasti akan membuat kita berasa lapar pada sesuatu masa.jadi,untuk mengenyangkan perut anda sudah semestinya anda makan.jadi apa salahnya sekiranya anda mengambil dan mencuba snek yang sihat.kita perlulah menyusun strategi dalam memilih snek agar setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita itu sihat dan emberi manfaat.

antara contoh snek yang sihat ialah:
sandwich tuna,susu dan kismis,buah-buahan bersama yogurt,roti bakar disapu mentega kacang,bijirin,oat dicampur kacang dan kismis atau buah-buahan.

hidup sebagai remaja menjadikan kita sentiasa merasa lapar.snacking merupakan satu kaedah yang mudah bagi menghilangkan rasa lapar tersebut serta untuk mendapatkan semula vitamin dan nutrien yang diperlukan.tetapi,kita perlu memilih apa yang kita makan.makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi dapat memberikan tenaga dengan segera tetapi tidak dapat bertahan lama.

untuk memastikan anda kekal bertenaga pilihlah makanan yang tinggi kandungan serat seperti roti bijirin penuh,bijirin,buah,sayur dan campurkan dengan makanan tinggi protein seperti mentega kacang,yogurt rendah lemak atau keju.kajian di British menyatakan bahawa snacking yang sihat mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam salur darah.

ciri-ciri snek yang sihat
*sederhana.hadkan pengambilan lemak,garam dan gula
*pelbagai.nampak menarik
*seimbang.kandungan nutrien seimbang
*kalori terkawal.dapat mengekalkan berat badan
*mencukupi.jumlah nutrien,serat dan tenaga yang mencukupi
antara langkah strategi snacking yang boleh kita amalkan bersama:
menyediakan snek sendiri 
apabila snek disediakan sendiri,anda akan tahu kandungan snek itu.pastikan anda menggunakan bahan-bahan yang baik untuk anda.simpan buah di rumah.potong,paketkan dan simpan buah di dalam peti sejuk.sedia untuk dibawa ke mana sahaja pada bila-bila masa.

sentiasa bawa bersama
jadikan satu tabiat anda untuk membawa sedikit buah,kismis,biskut atau kekacang di dalam beg anda.

jadikan lebih menarik
snek yang menyihatkan tubuh badan tidak semestinya membosankan.banyakkan pilihan anda.

baca saiz hidangan
biskut dalam paket yang kecil boleh mengandungi dua atau lebih saiz hidangan.ini bermakna lemak dan kalori adalah dua atau lebih kali ganda

tahukah anda bahawa warna buah yang berbeza mengandugi khasiatnya dan kelebihannya tersendiri.

khasiat buah mengikut warna
oren:wajah berseri
kebiasaanya buah berwarna oren atau sitrus menganduni vitamin C yang sangat banyak.vitamin C dapat menghasilkan kolagen.kolagen dapat membantu pertumbuhan sel-sel baharu bagi menggantikan sel-sel yang telh mati.secara tidak lansung dapat menjadikan kulit wajah anda berseri dan tampak segar

merah:penglihatan tajam
buah berwarna merah mengandungi karotenoid dan dapat membekalkan vitamin A yang terbaik bagi membantu sistem penglihatan.jadi,mata anda akan sentiasa segar dan dapat mengelakkan penyakit rabun. 

ungu:elak kanser
fitokimia yang terdapat dalam buah atau sayur boleh menghalang dan menganggu pembentukan kanser.sesetengah fitokimia melindungi tubuh dengan menghalang karsinogen(bahan penyebab kanser)daripada menjadi aktif.karsinogen terdapat dalam makanan yang mengandungi kesan hitam akibat hangus atau terbakar.maka buanh anggur atau manggis mengandungi antioksidan yang merupakan fitokimia bagi menghalang kanser.

kuning:penghadaman lancar
serat pada buah pisang mampu melancarkan sistem penghadaman badan.masalah sembelit dapat dielakkan selain meminum lapan air kosong sehari.jagung juga mengandungi serat yang sama seperti pisang serta karotenoud yang juga bagus untuk mata.

hijau:elak keletihan
walaupun bukan buah,sayur hijau mengandungi zat besi yang dapat membantu pembentukan sel darah merah.sel darah merah berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh badan.oksigen yang cukup dapat mencergaskan minda dan mengelakkan tubuh badan daripada cepat berasa letih dan lesu.

makanlah buah-buahan paling sedikit tiga hidangan seminggu.malah lebih baik jika buah yang kita makan itu mempunyai pelbagai warna bagi mendapatkan khasiat yang memuaskan.


-->