HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP NEWS FOLLOW

Sunday, September 21, 2014

heart


today I want to share with you about heart.hati kita ini perlulah dipenuhi dengan kasih sayang dan rasa cinta kita kepada Allah.barulah hati kita ini tidak mudah ada rasa cinta kepada manusia.lebih-lebih lagi kepada yang berlainan jantina.


saya tak nafikan yang perasaan cinta itu adalah fitrah.tetapi kita perlu ingat bahawa perasaan itu perlulah dikawal.bukannya kita tonjolkan perasaan itu dengan bercinta.kalau betul kita sayang sama insan itu,kita tidak akan bercinta dengannya kerana kita ingin bawa dia ke syurga bukan ke neraka.

di dalam al-quran juga Allah telah menjelaskan bahawa:
And do not approach zina (premarital sex). Indeed, it is an ever immorality and is evil as a way." (Surah al-Isra: 32)
Allah menyuruh kita menjauhi zina.Allah tidak berkata jangan kamu berzina.kerana Allah tahu mana yang lebih baik.sekiranya kita menghampiri jalan ke arah zina adakah kita yakin bahawa kita tidak akan melakukan zina.sebab itu Allah melarang kita menghampiri zina.

bercinta merupakan salah satu jalan ke arah zina.sebelum kita melakukan zina yang lebih besar terlebih dahulu kita telah melakukan zina yang kecil seperti zina mata,tangan,kaki,mulut.dan yang paling utama sekali zina hati.macam mana ini terjadi?

begini caranya:apabila kita bercinta pasti kita akan  saling berpandangan,berpegangan tangan.melalui itu kita telah melakukan zina mata dan zina tangan.zina kaki pula terjadi apabila kita keluar bagi berjumpa.kita berjalan bukannya ke kebaikan tetapi kita berjalan ke arak kemaksiatan.zina  mulut pula terjadi kerana kita pasti akan sering menyebut tentang kekasih hati kita itu.yang paling utama sekali ialah zina hati kerana kita akan asyik ingat kepada kekasih kita itu.kita leka daripada Allah.

bagaimana pula dengan 'couple islamik'?untuk pengetahuan semua,tiada istilah couple islamik.malah,perkara ini lebih buruk lagi kerana menggunakan agama Islam bagi melakukan perkara maksiat.

teman-teman,janganlah kita terjerat dengan alam percintaan.banyakkan berdoa kepada Allah agar Allah pelihara hati kita daripada sering mengingati  si dia.buatlah pelbagai aktiviti seperti join usrah atau buat kerja sukarelawan.dengan segala aktiviti seperti ini kita akan sibuk dan tidak akan memgingati kepada si dia.malah kita akan lebih mengingati kepada Allah.

bagi yang tidak bercinta itu janganlah anda berasa sedih kerana anda tiada kekasih malah anda seharusnya gembira kerana Allah menjauhi kita daripada zina.Allah pelihara kita.ingat tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan Allah.matlamat kita adalah ingin masuk ke syurga dengan keredhaan-Nya.
-->