HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Friday, June 06, 2014

Tetamu dan tuan rumah


"Ų§Assalamualaikum,kak su.Idah ni."
"Waalaikumussalam,Idah.emm..lama tak dengar khabar.pasai pa hang telefon along ni tetiba je.mesti ada apa-apa kan?
"Macam ni kak Su,sebenarnya Idah rancang hujung minggu ni Idah dengan keluarga Idah nak datang rumah akak boleh tak?"
"o... lagu tu.boleh je hang datang jelah.along ada je kat rumah ni tak da pi mana-mana lah"
"terima kasih lah kak,Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"

hai kawan-kawan.panjang sungguh cuti sekolah pada kali ini.3minggu.kawan-kawan mesti pergi berjalan,kan?tak pun pergi rumah saudara-mara.betul tak?emm...kawan-kawan tahu tak adab melayan dan menerima tetamu?bagi sesiapa yang tak tahu tu mari kita belajar adab menerima dan melayan tetamu.

sebelum kita nak tahu adab menerima dan melayan tetamu ni kita kena tahu dulu siapa tetamu ni sebenarnya?
tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput.jadi,mana ada istilah tetamu tidak diundang.

jadi mari kita teruskan pembelajaran kita dengan mengetahui apa adab terhadap tetamu.Antara adab terhadap tetamu ialah:

memberikan layanan yang baik
sebagai tuan rumah,kita hendaklah menyambut tetamu dimuka pitu atau di halaman rumah dengan menjawab salam dan berjabad tangan.Kemudian,jemputlah tetamu tu masuk rumah kita.tak kanlah kita nak berdiri he dekat pintu tu.Jangan lupa sediakan tempat yang selesa dan bersih untuk tetamu.

bersifat ikhlas dan berlapang dada
"apa mak?esok ada orang nak datang rumah.ish!menyampahnya.kacau linelah orang nak tengok tv."
ish,ish,ish.tak sepatutnya kita bersikap macam tu.kita kena gembira dan berlapang dada semasa menerima tetamu.kita tak boleh merasa kedatangan mereka ni menganggu kehidupan atau aktiviti harian kita.lagipun kan tetamu itu membawa rahmat.

menunjukkan muka yang manis
kalu tetamu datang rumah kita,kita kenalah bermanis muka.sentiasa tersenyum.jangan tunjuk muka masam atau tak suka mereka datang.kita juga pelu berbual-bual dengan tetamu.tanya khabar atau sebagainya.tapi,kita kena jaga tutur kata kita.tutur kata kita mestilah bersopan dan tidak menyinggung perasaan tetamu.

menyediakan jamuan mengikut kemampuan
kita kena sediakan makanan yang terbaik di rumah kita untuk tetamu.setelah kita hidamhkan,jemputlah tetamu makan dan tuan rumah juga digalakkan makan sekali.jangan kemas hidangan sebelum tetamu selesai makan.

menyediakan kemudahan yang baik kepada ahli keluarga
bila tahu ada orang nak datang rumah kita kemaslah rumah tu.bersihkan tandas.kalau dia kata nak bermalam dekat rumah kita,kita sediakanlah bilik untuk tetamu tu berehat.

selain menjaga adab dengan tetamu,kita juga kena jaga batas pergaulan dengan tetamu.
1.memakai pakaian yang bersih,kemas dan menutup aurat
2.menjaga suasana rumah supaya tidak menganggu ketenteraman tetamu
3.elakkan daripada melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu
4.memaklumkan kepada tetamu sekiranya ingin meninggalkan rumah kerana ada ada tugas luar

kawan-kawan,ada hikmah kalau kita layan tetamu dengan baik jadi bukan saja-saja je layan tetamu ni.banyak manfaat dan kelebihan yang boleh kita dapat bila kita layang tetamu.antaranya:
~murah rezeki,mendapat rahmat dan berkat daripada Allah
~bertambah kasih sayang antara tetamu dengan tuan rumah
~mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan
~membantu perkembangan institusi pelancongan
~menarik perhatian orang yang bukan islam dengan keindahan islam
~mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah

tapi,bagi sesiapa yang tak layan tetamu dengan baik jangan ingan korang tak dapat apa-apa balasan.siapa yang tak beradab dengan tetamu ni pun akan dapat balasannya juga.antara implikasi tidak beradab dengan tetamu ialah:
^tetamu berasa dirinya dihina dan tidak dihormati
^menimbulkan pergaduhan dan perpecahan
^menjauhkan orang bukan islam daripada mendekati dan memahami islam
^menjadikan institusi pelancongan tidak mendapat sambutan
^menjatuhkan imej diri,masyarakat dan negara

adab terhadap tetamu kita dah tahu.kalau kita jadi tetanu pula bagaimana?ada ke adab sebagai tetanu?eh,ada....kalau kita sebagai tetamu pun ada adabnya.jangan ingat adab terhadap tetamu je ada.adab sebagai tetamu pun ada.

*berkunjung mengikut masa yang sesuai
*beri salam dahulu sebelum masuk ke rumah
*masuk setelah dijemput dan duduk di tempat yang disediakan dengan sopan
*elakkan daripada memandang liar ke arah peralatan di dalam rumah
*makan makanan yang disediakan dengan sopan apabila dijemput
*ucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan
*sekiranya anda ingin bermalam di sana,janganlah melebihi tiga hari kerana ia akan menyusahkan tuan rumah
*jangan membawa orang lain bersama anda sebelum anda mendapat kebenaran daripada tuan rumah

jadi,tunggu apa lagi.marilah sama-sama kita amalkan.bila kita dah tahu satu ilmu tu sampaikanlah pada orang lain dan amalkan.ingat,jangan jadi pohon yang tidak berbuah.


marilah sama-sama kita perbaiki diri kita supaya menjadi muslim yang sejati.


renung-renungkan dan selamat beramal.semoga bertemu lagi.Assalamualaikum.
-->