HOME ABOUT CONTACT POLICY SITEMAP FOLLOW

Friday, March 28, 2014

jaga hati?penting ke?

apa khabar hati kita?
masih bersih or dah mula tumbuh tompok2 hitam???


moga2 hati kita bersih dari tompok2 hitam~

paling kurang pun hati kita masih banyak ruang yang masih bersih.senang sikit nak bersihkanmoga kita semua dijauhkan dari hati yang hitam dan keras

mengapa topik hati yang dipilih olehku untuk topik kita pada kali ini?
aku sendiri pun tak tau nak bagi jawapan apa.sebenarnya dalam tempoh 15-27 mac 2014 ni je aku dah terima pelbagai berita sedih.berita apa tu?nak tau?ni dia

1.seorang alumni sekolah aku(abang zuhairi)meninggal dunia
2.cousin cikgu aku(teacher muni)meninggal dunia
3.ayah budak junior sekolah aku(amir firdaus)meninggal dunia
4.nenek ustazah aku(ustazah hidayah)meninggal dunia

semuanya pasal kematian.Namun,apabila aku mengenangkan arwah abang zuhairi,hati ini menjadi sebak.peristiwa kematian abang zuhairi ini telah menyedarkan aku betapa rimbunnya dosaku ini betapa kerdilnya diri ini betapa hina nya diri ini betapa jauhnya diriku ini dengan rabb.

aku berfikir 'sudah cukupkah amalan ku untuk dibawa ke alam barzakh?'aku berkata 'tidak!amalan ku masih tidak mencukupi malah amatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan arwah abang zuhairi' namua... mengapa aku membandingkan amalan ku dengan abang zuhairi???aku yakin korang semua mesti tertanya-tanya kan? kerna pemergiannya amatlah dirasai olehku lebih2 lagi kalau budak batch dia or cikgu2 cite pasal kebaikannya hatiku menjadi terlalu sebak.air mataku ingin sahaja menitis.kerna aku melihat pemergiannya adalah dalam keadaan yang sangat baik.~husnul khatimah~

apabila aku teringat kisah arwah abang zuhairi ketika menguruskan jenazahnya,aku bertanya pada diriku 'dapatkah aku untuk mati dalam keadaan sepertinya mati dalam keadaan yang baik mati dalam keadaan husnul khatimah??? '

persoalan ini sering terlintas dalam fikiranku setiap kali aku teringat kat arwah

kerna itu topik yang ingin ku kupaskan pada kali ini berkisar tentang hati.kawan-kawan adakah hati kita ini sudah sepenuhnya mencintai ALLAH s.w.t.? atau hati kita ini lebih mencintai makhlukNya?kalau hati kita ni lebih mencintai makhlukNya,cer fikir kenapa?bukankah makhlukNya ini mempunyai kelemahan dan pencipta makhluk tu pula tak ada 1 pun kelemahan malah Maha sempurna,Maha kuasa,Maha agung.
kenapalah kita ni lebih mencintai yang mempunyai kelemahan berbanding yang sempurna.kalau kita nak cari pasangan pun mesti kalau boleh kita nak yang sempurna kan?namun tiada siapa yang sempurna di bumi ini melainkan Allah.

jadi,marilah kita sama2 pertingkatkan lagi keimanan kita pada-Nya,kasih sayang kita pada-Nya,kecintaan kita pada-Nya.sesungguhnya apabila kita mencintai Alllah melebihi segalanya hati kita akan berasa tenang hati kita akan berasa betapa nikmatnya hidup berlandaskan syariat.

kalau kita hidup berlandaskan syariat tak delah sampah-sarap merata-rata,rasanya tak yah ada cleaner,sejuk je mata ni memandang bumi ini bersih,nyaman,selesa
kalau kita hidup berlandaskan bersyariat tak delah orang buat maksiat,tak delah kes buang bayi,orang tak tutup aurat,bila semua orang tutup aurat tak delah kes rogol or whatsever.sejuk je mata memandang semua berpakaian yang sopan,tak menjolok mata.
kalau kita hidup berlandaskan syariat ni tak delah kes rasuah,ekonomi negara pun stabil~

Rasulullah s.a.w. bersabda,mafhumnya,"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu"
(Riwayat Muslim)

see?Rasulullah pun suruh kita jaga hati kita.nampak tak dekat situ betapa pentingnya kita jaga hati ni

kesimpulannya,kita kena jaga hati kita,iman kita baik2 jangan cemari hati kita dengan benda2 yang lagha,tak berfaedah,ok!

bila hati bersih,senanglah kita nak dekatkan diri pada Allah,senang nak hafaz al-quran,hadis,senanglah hati ni terima teguran,nasihat.

#SaMa2LaHkItAjAgAhAtIkItA#




-->